07 Mei 2010

Terkenang Dulu-Dulu


Setiap orang ada kisah silam, begitu juga dengan ai. Ai rasa ai lebih banyak kenangan pahit dalam hidup dari kenangan manis. Mungkin ianya tidak semanis kenangan orang lain, mungkin juga tidak sepahit kenangan orang lain. Bila Lihat gambar-gambar lama, terkenang satu demi satu pengalaman hidup yang telah dilalui. Tersenyum sendiri bila 'kenakalan' terserlah di gambar itu.
Bila terkenang seperti ini, teringin hari ini dan esok lebih baik dari semalam. Semangat nak berubah kepada yang lebih baik selalu ada tapi..... melaksanakannya tak mudah, payah...sukar... Ahhhh..... Ai selalu je kalah dengan sikap dan keinginan sendiri. Mungkin kerana keadaan, mungkin kerana orang lain tapi sebenarnya ai rasa memang sebab dari diri sendiri.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan